Saturday, November 27, 2010

Popeye's Selayang Mall

Aku cukup pantang kalau pegi kedai, pastu layanan orang tu tak mencapai tahap yang aku nak. Tak kira la kedai apa sekalipon, whether ade service tax ke takde. I am still a customer and I am always right. Setuju? Tak setuju pon takpe kerana aku bukan pedulik sangat pon. Mieehha.

I've  got much better after I got married. Ada orang tukang cool down. Actually dia tak cool down kan aku pon, cuma nya aku tak mau la menjatuhkan air muka suami di khalayak ramai. Kan? Cuba kalau dia takde, aku sorang2 ke? Silap besar la.

Tadi aku telah pegi ke Popeye's Selayang Mall kerana aku tiba2 teringin la plak. Walaupon bukan la sedap sangat mcm kat US. Ekeke tipu je. Kat US punya aku makan shrimp je bhai. Takkan nak makan daging pulak hoi!. Berbalik kepada cerita tadi, Wandy order. Orang tak ramai. Mcm ade 4 meja je yang occupied termasuk meja aku. Then dapat la tanda "20" bermakna hidangan kami tidak complete. Takpe, aku pk, mungkin sebab orang tak ramai, dia tak masak siap2. So, aku pon makan la ape yang ada dulu. Makan punya makan, sumer pon dah licin, tapi no "20" tu still ada. Hishk! Aku sudah start merenung2 ke counter, ke adik/minah yang duduk terpacak tunggu serve order/orang panggil. Tapi mereka bagaikan tidak memahami je renungan aku. Haishhhhhhhhhhhhhh!

Lepas sessi merenung, sessi mengomel di meja sendiri pulak. Contohnya "eh dah licin dah tapi barang tak sampai2 lagi". Itu yang pertama. Ulang2 yang pertama sambil tukar2 frasa. Lepas tu masuk ayat kedua "eh budak ni kalau tak hantar kejap lagi, mmg kene hambur ni kang". Ulang2 ayat kedua. Kejap lagi, Wandy pon terus la panggil adik/minah yg dok terpacak tadi. Aku rase dia nak elak aku bangun, terus ke counter dan berkata2 dengan se-sarcastic yang mungkin. HAHAHA.

Kejap lagi ntah ape adik2 tu discuss2 kat counter. Aku dah tau dahhh. Sebenarnya dia lupa. Takkan la masak fries sampai berlama2. Bengong ke? Tak fast-food la itu macam. Aku rase diorg sengaja stall masa je kot. Nak fikir alasan nak kasi aku. Cit podah!!! Aku tak makan bhai. Unless kau kasi aku alasan, dapur terbakar, tukang masak melecur. Yang logic2 la.

Makanan pon sampai....

Aku: Lupa ke dik?
Adik: Sorry la kak, tadi salah hantar.
(Kepala hotak kau salah hantar! Aku lapar. Anak aku ni dah menguap2 - Ini dalam hati je)
Aku: Macamana la nak datang sini lagi kalau macam ni?
Adik: Hehehehehe

Eh boleh pulak dia gelak. Tau la bukan kedai kau. Tapi dari pengamatan aku, kedai tu mcm ade harapan nak tutup je kan? Kau nak keje mana? McD? Kilang? KFC?

Dah la lepas ni aku tamau pegi Popeye's Selayang Mall lagi walau teringin macamana pon aku. Pegi TTDI je lah. MidValley pon ada.

P.S. Mungkin org akan kata, dia tak sengaja. AHH. I don't care lah. Kalau aku pegi kedai Tomyam adik aku kat Melaka tu pon, kalau service camni, mmg kene la dengan aku. Kau tu in servicing business tapi kalau service macam haram, camne tu? 

ಌ Lin Ghazale

5 comments:

zamnzara said...

aku pn pantang service x best ni. tp lg ptg kalo berkait dgn makanan aku lak tu. and satu lg tmpt kena noted is kedai delicious kat dua residency tu. tmpt kan main class tp service teruk na. pelik gila.

Mama Ardini said...

aku penah kena mcm ni tp kt few pizza hut. masa amik order, dgn bangganya tak nak tulis apa yg aku order. ingat mcm kedai mamak ke main order2 takyah tulis. then bila makanan tak sampai2, aku panggil itu budak.dia kata lupa.bongok. aku apalagi trus je sound "tadi sy suruh awak tulis awak tak nak. kan dah lupa!"

p.s - aku mmg pantang kalau org amik order tapi tak tulis. macam la daya ingatan kuat sgt. haha

Lin Ghazale said...

@zam, eh delicious tu bukan kah kedai yg mcm class2? pon service terok keee..aku ade pegi sekali je yg kat bangsar village. mari ban yg kat dua residency.

@ain, diorg perasan diorg nya daya ingatan mcm mamak.haha.lupa plak tu.dah la jenis masak kene tunggu.kalau mamak lupa takpe. meegoreng pon 5 menet dah siap.

zamnzara said...

lin, ye delicious tu kedai class. aku pn cam heran. so kalo aku nak mkn, aku gi ou branch. bv aku gi dulu2 pn ok.

mama ardini, sy pn perasan pizza hut tu camtu. in fact kalo delivery, sy pnh tunggu smpi more than 2 hrs. derg cuma bg coupon discount utk guna next order yg lepas diexperiment, masih dtg lmbt jugak.

Mama Ardini said...

zamzara, itu macam teruk la kan. lepas tu derang bg supplementary yg konon2 nya bole menyejukkan hati tapi tak pon. haih

p.s - come visit my blog. ehehe. i read your blog before this through lin's blog. :)