Monday, November 22, 2010

Gigi

Aku start pakai braces masa lepas SPM. Lebih tepat lagi masa kat matriks. Aku memang nak pakai braces since sekolah menengah sebab aku tak suka gigi aku yg tumbuh kat atas. I didn't care apa orang cakap whatsoever, I just wanted a nice, "fully-functional" set of teeth. Fully-functional itu bermaksud, semuanya terletak pada tempat yg betul. Bukan senget2 bila katup, gigi pon bole patah sikit2. Aku rase aku tak cantik kalau tak betulkan. Tapi, dah betul pon tak cantik jugak. Wahahahaha! Ok sambung, masa sekolah mak register dekat klinik kerajaan. Tapi tunggu punya tunggu, tak panggil-panggil. Daripada form 3 tunggu, dah masuk matriks baru nak panggil. Haish. Dah terlambat! Mak reject je turn itu. Kami pon pergi ke private ortho.

Aku kene cabut 4 batang gigi. Mencabut 4 gigi yang masih kukuh dan cantik adalah sayang. Tapi kalau tak cabut, gum dah takde ruang nak susun gigi. Yes, I have big teeth, very big teeth. Ekekeke. Doctor pon cakap "Gigi u besar". Apa2 la doctor, I nak gigi I tersusun, tak kira la size apa pon gigi I. Maka, 4 batang gigi terpaksa dicabut.

Braces pon terpakai di gigi. 

Tak lama lepas pakai, tak sampai 18 bulan pon kot. Aku kene pegi US. Sebab aku pon tak tau bila akan balik Malaysia lagi sekali, terpaksa la bukak braces tu. Burn je la 4ribu lebih. Sedih T_______T. Gigi tak betul lagi. Gaps semua dah takde. Tapi tak complete lagi la treatment tu. Apa bole buat, terpaksa. Doctor bekalkan aku dengan retainer je. Pakai la retainer tu sampai la dia hilang. Aku rase aku terbuang dalam tong sampah kat dining hall masa freshmen. Huhuh. Aku ingat lagi ada sekali ni tertinggal atas tray. Balut dalam tisu. Siap pegi masuk balik dining hall, cari tray. Seb baik jumpa. Ekekekeke. 

Jangan lah korang bayangkan gigi aku masa belajar. Sekali pandang ok, 2-3-4-5 kali pandang. T_________T.

Lepas aku grad, aku dah dapat kerja, aku decide nak pakai la braces balik. Nak betulkan apa yang tak betul. Pakai la balik braces dalam tahun 2006 camtu. Pakai second time pon still mahal lagi benda ni, 2ribu lebih jugak la aku bayar total. Hishk! Masa bertunang pon aku pakai braces. Cool tak cool la aku kan? Ala tapi dulu2 tunang, bukan mcm sekarang. Nak berpelamin, nak beritu-ini macam nak nikah. Takde tu sumer. Biasa2 je, aku pakai baju cantik (eyceh), duduk je la dalam bilik, tunggu. Makeup pon tenyeh sendiri. AHAHA. 

IMG_1657
Wafaa and I
Apa yang aku nak sampaikan adalah sekiranya Fifi mengikut trait aku.... Hihi. Daripada number yg aku dah spend kat gigi aku, sediakanlah wang untuk investment gigi Fifi. Kot2 kena pakai jugak. Mintak2 tak payah. Amin.

Cerita sikit punya panjang. Kesimpulan dia tu je. Maap la ye?

P.S. Bila aku nak set appointment nak check gigi ni? Retainer pon dah patah. Haih. Mintak no phone dah sejuta kali dari member, tapi tak call2 lagi. Hihi

3 comments:

Uruchimaru @ kf said...

owh tak sanggup rasenye nk pakai braces tue..takuttttttttttt!

uji said...

oowwwwhhh.. i miss commons.. sempat jugak ko dapat retainer tu eh? bukan kita letak tray tu masa keluar kan then diorang cuci terus?

Lin Ghazale said...

hah! nama dia commons! baru igt. asik igt union je.
sempat. sbb tgh ramai org. aku lari2 masuk blk ikut pintu blkg tu, tray aku still kat atas tu. haha.
tapi tak lama lepas tu hilang teros, aku mmg tercampak dalam tong sampah kot