Wednesday, November 10, 2010

Aku Semut Api

Anak Semut Api
Budak ni sekarang, memang tak boleh berlengang (eh belengang ke melekang? tak boleh berpisah la senang) dengan aku. Macam semut api, mak aku kata. Anak semut selalu mengekor ibu semut. Kalau masa kami berdua-duaan sepanjang hari, aku faham lah. Maybe dia taknak duduk sorang-sorang. Takpe lagi la tu. Masalahnya, kalau papa dia dah balik kerja pon, aku tak boleh bergerak, kene duduk depan TV. Tau la aku suka tengok TV, tapi takkan nak melekat je kat situ.

Kalau aku duduk depan TV ni tercongok, dia pegi tempat lain, main bola la hape la. Takpe. As soon as aku akan bontot je, mula la dia. Bagaikan aku nak tinggalkan dia pegi obersi. Padahal aku nak pegi kencing je pon. Sampai aku kencing pon bukak pintu sket supaya boleh tinjau dia. *Excuse me. Aku nak cerita kekronikan keadaan aku*. Tinjau dari jauh tak cukup, kene duduk berhampiran dengan pintu plak. Ya Rabbi Ya Tuhanku.

Kalau papa ade plak, sama jugak. Aku kene duduk jugak depan TV. Tapi aku terpaksa la bangun kan. Nak masak ke nak apa ke. Ni la sebab nya aku selalu masak lambat, makan dinner lambat. So sebelom aku bangun gi dapur etc, papa kena distract dia dulu. Tapi kejap jeeeeeeeeeeeeeeeeeee. Bila dia sedar, ibu semut dah hilang, dia cari laaa. Sekarang ni dia dah tau plak tu, kalau dia dah merangkak2, papa bangun nak amik dia. Dengar tapak kaki pon dia dah menjerit tak ingat punya. Macam kene dera. Satu hari nanti aku amik video. Mula2 aku ingat dia accident ke apa, rupanya papa nak angkat dia je. Ya Allah dia punya jerit. Dah lama-lama aku gelak je. Muehehhehe. Tak jalan dah nak, tactic menjerit tu. Sila cari tactic lain yang lebih mencabar.

Persoalannya, sampai bila baby akan macamni wahai ibu-ibu sekalian?

Aku bukan tak suka dia nak melekat2. Tak kisah pon. Tapi aku tak suka nak buat kerja, pastu ada budak jerit2 nak aku. Tak tenang ok?

P.S. She'll be 10 months old this Friday.

4 comments:

Ana said...

anak semut api tu mmg comel dan pandai! haha...fifi..fifi..so adorable

Asma said...

semut api pun semut api lah..semut api comel cam lagu bola-bola api...hehehe

Jaja® said...

daniel still nak melekat gak. tp dah krg kronik sket la. dia dah nak 17bln minggu depan. hmm.. fifi lama lagi la tu jd anak semut =p

Mama Ardini said...

chumelnya dia..aku rasa fifi jadi gitu sbb dia tiap2 hari mengadap muka kau kot..pastu plak dia still bf..tu yg nk melekat tu..hehe