Sunday, October 24, 2010

Jalan-jalan bersama suami & Himalaya Herbs

Aku dah kembali ke sarang. Penat. Penat berjalan setiap hari. Kaki pon sakit2. Hadoi la. Nampak sangat la tak penah exercise. 

Hari ni kitorang gi KLCC lagi. Aku, Wandy, Adik, Mak dan Fifi. Malam semalam mak datang balik dari Melaka. Sebab flight dia nak gi jalan-jalan hari Ahad tangguh kerana taufan. Gi KLCC, saja jalan-jalan sambil menambah product muka. Hihihi. Best. 

Ooo haaa..aritu aku ade tweet2 pasal Himalaya Herbs shampoo. Hari Jumaat haritu aku beli la saiz paling kecik. Kecik pon tak kecik la sangat 200ml jugak. Aku beli shampoo with conditioner untuk rambut dry/damaged. Rambut aku memang dry. Setakat ni aku rase best ah! Dah la tak payah conditioner. Nak gi jalan2 pon bawak sebotol je shampoo. Selalunya, walaupon shampoo tu claim dia 2 in 1, aku rase aku still perlu conditioner asing jugak sebab rase kesat je lepas bilas shampoo tu. Tapi yang ni tak payah. Cewah. Puji habes2an padahal baru 2-3 kali pakai. Kuakuakuakua. Rambut aku jugak terasa lembut. Sebelom ni aku pakai Loreal ke apa tah botol warna kuning. Rambut aku jadi kejung bagaikan rambut seseorang. Hehehehheheee.

Jadi, sesiapa yang rase nak cuba Himalaya ni, aku recommend lah. Tapi make sure beli la botol sekecil mungkin dulu. Kot kang tak seswai, takde la ralat sangat kan? 

Ok dah habessssssss

4 comments:

rozanna- said...

ooo mahal tak himalaya shampoo tu?

Lin Ghazale said...

tak mahal puan rozanna. botol yg kecik tu RM13.90. ini i beli kat himalaya klcc. wandy kata dia tgk kat tesco murah. botol kecik dia tak kecik sangat. 200ml rasenya. yg besar lagi RM22.90. considering takyah beli conditioner,murah aaa kot. kan?

Ana said...

ok..nak cuba!

aieesha.salleh said...

oooo.. himalaya herbs shampoo memang best wooo.. Aku guna yang ada campuran rosemary + camomile. sangat2 best dan berjaya mengurangkan rambut gugur. me like!