Thursday, October 28, 2010

In Search of Halo & Horns

Setelah mendapat info barang murah (barang murah siapa tak mau?) dari Ach, kami terus memulakan misi untuk mencari product ini. Wandy pegi Giant Rawang, tapi tak jumpa pon. Aku fikir mungkin Giant Rawang tu kecik sangat. Aku pon tanya la Ach, mana dia dapat. Dia kata dia beli kat Giant Gombak.

Malam tadi, kami pon berusaha pegi Giant Gombak mencari Halo & Horns ni. Malangnya tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Penat merayau2, Fifi pon dah terlentok2, aku beli sebatang berus gigi je ngan satu bar snickers je. Nak beli eskrem pon jadi terlupa. Haih. Nak eskrem. Btw, McFlurry Milo ada lagi ke? Ke dah habes? Sila jawab!

Berbalik kepada Halo & Horns, takpe, usaha tangga kejayaan. Lepas ni cari kat ColdStorage OU plak. Dari info yang dikorek2, probably ada jual kat situ. Mintak2 lah ada, kami nak try dekat Fifi, kalau molek, boleh la borong stock bulan2 terus. Mana lah tau jika rezeki....ops. Let's stop here.

Ke sebenarnya ada malam tadi, tapi kami yang tak nampak? Ada hantu Giant ke apa? Nak sorok2 barang plak.

Aku rasa kan hypermarket kegemaran aku adalah Tesco. Aku rase layout dia tersusun. Carrefour tak payah la. Aku rase barang dia semua buruk dah bersepah2. Padahal sama je. Oleh kerana nampak bersepah, aku rase barang tu buruk. Giant, bole la tahan. Tetapi, kalau ade Giant, ade Tesco dibina bersebelahan, tanpa berfikir panjang, aku akan masuk Tesco dulu. Ekeke.

Ok dah bye.


No comments: