Wednesday, October 20, 2010

20102010

Minggu ni ayah ada kat KL. Usually setiap tahun dia akan dapat bilik extra and this year is not an exception. Muehehehe.

Jadi tadi aku pon call la ayah bertanyakan status bilik berkenaan. Sekali sekala tido hotel, kan best? Assume la hotel tu macam kat luar KL. Aircond free. Memang super nice la masa tgh panas ni kan? Ekekeke. Bilik itu ada. Takde org duduk pon. Dari hari ini sampai hari Sabtu. Ayah suh gi amik kunci. Aku rasa itu hanya alasan untuk berjumpa Fifi. Walaupon Fifi nangis as soon as nampak dia. Kesian. Kesian ayah. Bukan kesian Fifi.

Makanyaaaaaaaaaaaa, kami ada kunci bilik hotel. Wooohooooooo. Esok malam la kot tido sana. I hope orang Melaka datang hari Khamis so that I won't have to go back to Selayang so early in the morning sebab Wandy kena pegi kerja. 

Oleh kerana kami keluar, sudah semestinya la aku tak masak dinner pon. Haha. Angkut la anak seorang pegi makan kedai dah malam2 buta. Takde la buta sangat pon. Cuma rabun2 ayam je. Pukul 9. Tapi bapak lama nak tunggu char kuey teow sampai. Haish. Tinggal lagi 2-3 suap, Fifi pon dah mula berlagu. Aku buat dek je dan terus makan dengan pantas. Gaya kebulur. Mesti orang keliling kata, "Apa kena la perempuan ni, anak dah melalak, bole dia makan?". Likeicare.com about what you think! Saya tahu anak saya bukan lapar. Dia cuma ngantuk. Bila ngantuk, dia nak menyusu. Orang tua2 kata "bergayut". Gayut pon gayut la. I tak kesah you. I dah macam malas nak kesah je? Hihi.


Tengok lampu kelip-kelip

Akhir kata, hari ni 20/10/2010 - Melaka Maju. Aku bangga aku anak Melaka. Huyeah! Marilah datang, penuhkan Melaka setiap weekends sampaikan aku pon malas nak gi Bandar Melaka on weekends. Kesian aku.

P.S. Raya Haji nak pegi cam-whoring sekitar Melaka lah. Mariiiiiiiiiiiiiiii!


7 comments:

rozanna- said...

saya separuh anak melaka :)
tapi dah bertahun tahun tahun tak pegi Bandar Melaka sebab kampung i kat Masjid Tanah je huhu

Lin Ghazale said...

Haha, pegi la melawat! Melaka Maju ekekekekeke

Wafaa said...

aku ronda melaka lepas pegi kenduri kawin ko dulu kala.

Lin Ghazale said...

Itu zaman bila cik kakk..mari la melawat Melaka!

Wafaa said...

tu zaman ko kawen aaa cik kak. Ni aku tunggu turn nak naik benda pusing2 tu. Ape nama dia?

Lin Ghazale said...

Eye Of Malaysia? Menara Tamingsari? Ahaha. Eye Of malaysia kot pusing2. Ke Eye of Melaka? Aku pon taktau. Hihi

Mama Ardini said...

aku pon tak bape rajin nk jln2 kt bandaraya melaka bila blk melaka. sesak beb. adoyai