Saturday, September 18, 2010

Demam Raya

Word of Yesterday: muafakat, darjat, berkat. Aih. You must be kidding me.

Raya 2010 bakal berakhir. Walaupon raya sebulan tp lepas pulang ke sarang, aku dah tak rasa macam raya pon. 'Raya' lah aku dengan Fifi. Hehe. Dah dimanjakan kat sini, balik ni mesti la aku 'masak'.

Fifi demam and selsema raya ni. Demam yang agak panas, 38.4. Tak pernah dia demam setinggi itu selama ni. Ini adalah angkara panas berjemur pastu masuk aircond yg sejuk sampai ke tulang. Orang tua pon tak tahan, inikan pulak budak.

Dia demam lepas Open House Serkam, raya ketiga malam. Mula2 dia ok je. Kul 11.15pm dia dah mula resah. Aku rasa badan panas. Check temp 37.9. Dah tu hidung sumbat. So mcm susah sikit la nak nafas. Bole je dia nafas ikut mulut. Tapi budak2, ade sikit kekok la kot. Aku bab demam2 ni aku takbleh tunggu2. Sebab aku kesian. Bayangkan diri sendiri demam? Haram tak best pon.

Oleh itu aku kejut Fifi. Naik kete dan terus ke Jasin usha klinik mane2 yg bukak. Semua tak bukak! Maklom la raya ketiga. Hari Ahad lagi plak tu. Haiseh. Kami buntu. Call la mak. Tanya mcmana. Bole kasi panadol ke. Parts of la. Bukan sebijik. Pastu mak kata bole. Kalau taknak kasi pon, tunggu esok pagi bawak gi clinic. Huhu aku tak bleh la nak tunggu2. Hati tak senang.

So kami ke Hospital Jasin je. Ramai org. Tapi ayah tolong usha line. Ala nak amik ubat je pon. Dah tau penyakit apa. Jumpe doc sekadar nak check temp jek. Maap ye?

Dapat la ubat selsema dan demam. Fifi still selsema sampai sekang. Kunyit hidup takde la plak, aku nak letak kat hidung tu kasi cepat kering. Kesiannn meleleh2. Nak sedut/hembus dia tak berapa nak reti.


Ok dah. Mari tido.



-posted from iPhone-

4 comments:

zamnzara said...

kalo aku xnak anak demam, aku lap2 kepala ckp 5 kali ulang. x reda gak, aku mmg akan mandikan air sejuk. dis shd bring down d temperature.

Lin Ghazale said...

ooo ye ke? mandi ngan air paip teros eh? aku kesian sejuk.haha. nnt ble coba. skrg dia selsema ni..makan ubat pon sama je...

Jaja® said...

daniel pun demam n selsema 2-3 hari ni. ngan mak2nya skali demam. tp sekarang aku dah pakar bg ubat bontot =p

Lin Ghazale said...

Haha ubat bontot aku tak reti la. Ngeri. Mak aku sumbat kan huhuhu. Tp ubat bontot tu kalau temp dah berapa baru kasi ek? Aku g hosp gomen aritu sbb dh 38.4 kot dia suh kasi ubat bontot. Dia kasi 4 bijik tp aku guna sebijik je. Tp dia kasi jgk supply ubat demam makan. Dh redha sikit aku kasi ubat makan.