Sunday, August 15, 2010

Tidur Dan Anda

Bila bulan puasa, penyakit tido siang, tak tido malam itu tiba. Dalam case aku, ia tak mengira masa aku kerja dulu2 pon sama. Sekarang laaaaagiiiiiiiiiiiilah menjadi2. Ditambah pulak jika anak anda, tiba2 bgn tengah malam just in time bila anda dah nak tido. Nice tak? Sudah pasti anda takleh tido. Anda kena layan. Maklum la. Anak Raja.

Bila anda kurang tido malam makanya esok siang mesti anda tido. Gila kau tak tido? Anda masih seorang manusia, bukan makhluk lain. Tido itu keperluan. Cycle ni akan berulang-ulang. Tak tau sampai bila. Yang pasti, it needs to be fixed ASAP. Cara untuk mengatasinya ada byk. Antaranya:
  1. Tahan diri. Jangan tido siang. Atau kurangkan tido siang sikit2. Senang je, kau google la ape2 bende kat internet ni, konfem tak tido cam aku skrg ni kan? Dah nak kul 1 pagi ni. Tapi buat la time siang, bukan time malam. Aku dah silap. HAHA.
  2. Paksa mata tido jugak waktu malam dengan membaca buku yang bosan, makan banyak2 sampai ngantuk (takyah diet, kan bulan poser ni? Keke), main game kat henfon. Itu antaranya lah. It varies between people. Tak semua org bole tido dengan baca buku, silap2 lagi cengelang bijik mata tu. Tau cengelang tu ape tak?
  3. Berfikir tentang hidup. Bole ngantuk wa cakap lu. Pikir betul2 punya. Kau jangan lah main2. Memang lah tak ngantuk.
  4. Menulis entry Merepek di blog.
Horait! Skarang aku dah ngantuk. Nak gosok gigi. Tido. Kul 4 lebih nak bangun. Menu sahur 5/30 adalah nasik lemak.Sang suami mintak nasik lemak buka tadi. sang isteri lupa plak nak masak nasik yg berlemak tu. Nasik putih ditanaknya. Penyakit. Penyakit.

Ok BYE!

P/S: Rukun Iman ke-6 apa kawan2? BERIMAN/PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR.

Tibe2 je dah nombor 6 kan? Nanti aku letak nombor 1-5. Jangan tak tau Rukun Iman ada ENAM PERKARA! "Eh ye ke?" kata seseorang". Iye la dol. Aku dah check tadi kot. Aight, dah gila, ckp sensorang.

BYE lagi sekali.





7 comments:

paie said...

aku mlm bole tido.. anak aku plak asik2 bgn.. tak nyempat2 nak sahur.. so aku pun join la die mlm tak tido.. siang mmg ngantuk la tapi kerja plak.. so end up tido kat surau selama sejam.. hahah nasib baik bos aku tak perasan..

Mama Ardini said...

cegelang tu bahasa org melaka kot..
bukan main cegelang lg mata..! hahha

Lin Ghazale said...

Tahniah! Anda memang 100% org Melaka. HAHaha

Paie or faiz or faiza said...

Aku tak pernah dgr pun cegelang.. Bahasa jasin kot nie..

Lin Ghazale said...

byk nye alias kau weh. buat aku rase mcm aku byk reader. HAHAHAAH. ok perasan.

kau mmg fail sebgai org melaka. sila jadi org utara, tukar warganegeri!

paie or faiz or faiza said...

aaa ah aku rase kena tukar warganegeri la.. tapi bahasa utagha pelik2.. ade ke roti die org panggil BISKUT.. Biskut pun panggil BISKUT.. camne nak bezakan tu.. hehhe sori erk kalau ade reader org utagha.. :P

Lin Ghazale said...

maybe diorg sebut nama penuh. biskut gardenia, biskut hwa tai. :P