Wednesday, August 11, 2010

Pneumococcal Vaccine

After 7 months Fifi was born, aku baru la nak terhegeh2 tanya pasal pneumococcal vaccine ni. Huahua. Dari kecik2 aritu takmau tanya, tangguh tangguh. Kalau tak, kan dah nak setel. Maka, jangan la bertangguh2 ye kawan2. Tak elok.

Tadi pegi GP, nak tunjuk tangan Fifi yg ade bintik2 merah sikit. Takut la melarat. Fifi ni semua pon nak dimainnya/masuk mulut. Doormat, door stopper, play mat, tong sampah. Semua nya pegang. Nampak mcm aku biarkan je dia kan? Memang pon. Aku suka dia merayap2. Bila dia pegi kat tempat aku tak suka, baru masuk dalam cot. Time-out. Haha. Macam dia paham je ape tu. Yang dia tau nangis je, tak dapat main.

Ha pastu bintik2 merah tu bukan scabies. Ala ade la less than 10 bintik kecik :P. Aku je takut. Sementara dah berada di clinic, aku pon tanya la pasal pneumococcal kat doctor tu. According to her notes, vaccine ni starts at 2,4, 10/11, 12/13 mos. Camtu la jadualnya untuk infants below 1 year. Aku tanya la, dah tu si Fifi ni dah 7months. Macamana plak tu? Dia kata the next jadual adalah at 12/13 and 14/15 mos. 2 jabs saje if dah lepas 1 year. 

Apa2 pon, my point is aku rasa dia salah. Haha. And aku rase bole starts at whatever age sekali pon. 26/8 ni pi paed, tanya lah. Aku perlu susun betul2 jabs ni supaya dia habes just nice sebelom apa2 berlaku. Kalau ape2 tak berlaku pon,  takpe. Haha. At least dah settle semua kan?

Oh ye, kepada anak sesapa yg dah amik, adakah babies akan demam kerana ini? Lupa tanya doc tu.

Aku faham, entry bosan kan? Tapi, aku tak kisah.

Bai

10 comments:

Wafaa said...

pelik gak, sb dia ckp 10/11 boleh amik another jab. since fifi baru 7mo, logiknya, 10/11 la kan.

Lin Ghazale said...

oh tak, maksudnya kene complete kan dulu 2 ngan 4 bulan tu...kan 4 dose.

Lin Ghazale said...

eh tertekan enter..

dia mcm ade set la.
<1year sekian jadual (2,4 10/11, 12/13)
1<x<2 sekian jadual
2<x<9 sekian jadual.

sebab fifi dah terlepas jadual, kene ikut jadual seteros nya camtu..

aku nak tepon clinic paed la. kawan aku rileks je starts at 4 months. ape bezanya pon. haha

aieesha.salleh said...

pelik noo. kalo start at 7 mo, sepatutnya dia just follow gap tu je laa, tak semestinya kena follow bulan 10/11 bagai tu kan. aku pun belum kasi ashraf lagi. tanya paed dah berkali2. hehehe

faiza said...

lin.. aku la tu erk yg 4mos tu..next jab on 6mos.. aku lupe plak nak tanyer paed aku tu bila 3rd and 4th jab.. nanti aku tanyer.. maybe jadual aku camnie kot nanti 4,6,10/11,12/13.. setuju ak?

Lin Ghazale said...

@aishah, aku google after 6 months, jab tinggal 3 kali jek. tatau la. kene tanya yg pakar.

@faiz, iye la itu la kau. haha. sebagai contoh P. mungkin jadual kau jadi 4 6 12 18 kot. agaknya la. tatau la. aku rase mcm tak fix je jadual ni sumer.

Marjan Jeffry said...

I opted not to to give this vaccine since its still new in Malaysia.

Lin Ghazale said...

ye ke jep? igt kot mcm dah lama. kuar paper new strain la ape sumer.

Mama Ardini said...

ko buat entri ni, aku teringat chinese doc kt hosp pantai ayer keroh explain kt aku..seingat aku la, doc tu kate pneumococcal start from 6 months to 5 years..ada 2-4 doses..tp xde plak dia terangkan mcm jadual yg incik doktor ko tu ckp..aku pon lom pi amik jab tu tuk anak aku..da 9 bulan da ni..huahua

Lin Ghazale said...

itulah. aku pon ade baca2, ade doc start lepas 6 bulan sebab first 6 months still depends on mak punya antibodi. rabu minggu depan ni aku ade appmnt ngan paed. tanya la nnt