Thursday, August 5, 2010

Going to be 7 months!

Fifi is turning 7 months in a week or so

  1. Macam nak kluar sebatang gigi bawah. Macam lah. Aku bukan kenal pon budak nak tumbuh gigi cemana. Masa adik aku tumbuh gigi, gigi aku pon tak habes tumbuh lagi gaknya. 
  2. Meniarap dan merayau2 - master. Aku dok ulang2 pakai kan dia seluar pendek yg tak berapa nak ada sebab lutut dia merah2 diseret ke sana ke mari. Tak cun la anak guwe punya lutut nanti kalau dibiarkan. Aku rase kalau aku tampal mop kat baju dia, konfem bersih lah rumah.
  3. Masukkan segala benda dalam mulut - master
  4. Jatuh katil - 2 kali.
  5. Angkat bontot dan goyang ke depan ke belakang. Sekejap2 menjadi. Sekejap2 tak menjadi. Dah nak jadi kot.
  6. Makan. Ape2 yg aku kasi. Tapi dia kurang gemar benda manis - Carrot, green peas, parsnip, apple, pear, papaya, spinach, sweet potato, beras putih, beras perang, olive oil, ikan cod, ikan tenggiri, ikan kembong, ayam. Dah tu je kot.
  7. Ape lagi ha. Kalau igt aku tambah lah.
Selamat menyambut puasa FIFI!


No comments: