Tuesday, August 3, 2010

Flip Cloth Diaper - Personal Review

Cipan. Aku dah siap tulis tadi! Hilang plak. Bengong. Kita start balik.

--------------------------------------------------------------

Macam hebat la kan aku nak buat review. Tapi takpe. Ini adalah review dari seorang pengguna biasa.

Flip cloth diaper dibuat oleh maker yang sama buat bumGenius. Product USA. But Made in China kot as with other brands. Tak sure. Amende review sumer tak sure ni? Akakaka.

Flip adalah one-size, all-in-two (AI2) system. Sama macam GroBaby yg telah rebranded jadi GroVia (kalau tak silap). So seperti AI2 system yang lain, Flip ada shell, ada insert.

Flip punya shell ni lembut. Rasanya macam lagi lembut dari bumGenius. Tapi! Aku tak pasti sgt la pasal ni, sebab Flip yg aku ada, beli direct dari US. Sebab, aku ada jugak beli sebijik Fuzzibunz dari US. Yang sebijik ni lagi lembut dari yang aku beli kat Mesia ni. Taktau apsal. Shell Flip ni bole guna balik la kalau tak kena poo atau pee yg lencun2. Kat rumah, aku tak gune balik terus. Aku kasi air-dry dulu. Next change baru pakai balik. Kasi la kena angin sepoi2 bahasa seround-dua dulu. Kalau kat luar, aku gune je selagi elok. Selalunya 2 kali. Tapi sila bawa la extra diaper sekiranya bayi anda, suka kareb secara besar2an. Takut terkena plak.

Flip yang aku jumpa sumer guna button. Takde jumpa pon yg velcro. Tapi mengikut kata Cikyam, yang aku sudah mula percaya, velcro bumGenius senang dicabut2 oleh bayi sebab Fifi pon dah start nak mengumpil2 velcro tu. Jadi, kalau Flip pon ade velcro snap, maybe sama la macam bumGenius.

Flip punya insert, ada 2 jenis. Satu yang biasa tu. Ape eh material nya? Microfiber kan? Satu lagi organic. Yang aku ada, yang biasa. Since, insert ni akan kena direct kat bontot tak seperti pocket diaper, one side of the insert tu adalah stay-dry material. Ntah material apa. Tak sure. Hape la. Tak sure lagi. :P. Insert dia jugak dah siap ade penanda Small, Medium, Large. Bole lipat je ikut setting yg sesuai dan terus selit ke dalam shell. Lepas tu, antara shell dengan insert, takde button snap ke apa2. Tidak seperti GroBaby/Via kot. Dia ade button kan? Supaya insert stay setempat. Flip, takde ok?

Harga Flip aku tak sure kat Msia ni. Sudah semestinya akan lebih mahal dari US la. Anda boleh google sendiri ok?

Banyaknya ok? :/

Ok dah habes explanation.

Setakat aku guna ni, okla penggunaannya. Tapi taktau la beberapa bulan down the road, mungkin aku akan menyampah Flip sepertimana menyampahnya aku dengan Lunatos skarang. Budak meniarap2, kencing kluar kat pinggang wey! Stressed makcik tau! Dah tu meniarap ntah ke mana2 bukit, dah makcik kena mop lagi plak. Bertambah2 stressed!

P/S: bumGenius 4.0 dah keluar. Tak pasti ape beza dengan 3.0. Dari gambar nampak macam same je dgn Flip. Sapa2 dah beli, sila bgtau.

No comments: