Friday, July 30, 2010

Anak Sulong

Ok. Harini nak cerita pasal apa? Cerita pasal ketidakadilan nak?

Masa aku kecik2 dulu, aku selalu expected to tunjuk contoh kepada adik2. Tapi sampai sekarang, aku rase takde pon adik2 yg mengambil iktibar di atas kesusahpayahan aku. Hish.

Sebagai contoh masa sekolah rendah, pekse ada nombor2 kan. Nombor itu penting ye kawan2. Nombor tu la yg menunjukkan kita hebat ke tak hebat. Maka, aku ni kena la dapat no 1 atau 2 atau 3. Konon contoh la aku rasa. 

Ada la sekali masa darjah 2, ntah apsal bole dapat no 5. Haaa hamik kauuuuuuuuuu. Report kad aku tinggalkan je atas meja ayah. Takut punya pasal. Petang tu aku keluar la main2 dengan budak2 laki sekitar rumah. Main gasing. Takde la jauh mana pon. Tapi masa kecik, rase mcm jauh je dari rumah. Syok2 main gasing, aku diarahkan pulang segera ke rumah. Apa lagi, kene marah la bang. Tension dol. Lepas kena marah, aku dok bawah almari solek dalam bilik. Nangis. :/ 

Tah berapa lama la aku hidup dalam ketakutan. Selalunya berpanjangan selama 1-2 hari. Takut beb. Ayah garang. Aku penah kene 'bebal' sekali. Nangis jugak masa  tu. Ratu air mata betol. Takut bila result tak ok berlarutan sampai la aku dapat degree. Serius. Masa degree lagi lah takut. Buatnya kena bayar beriban2. Naya jek.

Tapi yang tak acinya, adik2 aku selamba je dapat nombor sesuka hati. Tak adil bukan? Memang tak adil! Aku rase teraniaya. Haha. Lebey2 plak. Takde la. Nak buat macamana, itula penangan menjadi anak sulong. Sapa suro keluar sebagai anak sulong kan? Kalau ayah aku tak buat camtu, agaknya aku ni dah jadi apa tah. 

Fifi adalah anak sulong. Maka, dia juga perlu menjadi contoh kepada adik atau adik2nya. Haha. Tak berakhirlah cycle ni. Barney Stinson ada tak rules untuk ni agaknya?

Aku rase cerita ni tak best la. Tapi aku dah tulis. Dah lah tulis kena slow2 tekan keyboard. So aku publish je lah.

9 comments:

rozanna- said...

i pun kena jugak la macam tu dulu!! sentiasa kena tunjuk "teladan" untuk adik2. dan i ingat juga peristiwa tiap2 kali bagi repot kad utk ayah sign.. i kena guna mak utk backup (mana taknyer dapat P7 utk physics trial huhuuu)...
tapi sebenarnya membantu kot benda tu.. (contohnya i takde la dpt P7 utk physics masa spm huhu)

Marjan Jeffry said...

Among the rules which I don't like: sulong kena beralah dengan adik

Lin Ghazale said...

@rozanna betul2, masalahnya, mak i pn taknak bekap i. camno? haha.

@marjan yaaaaaa. sikit2 beralah. bosan betul. adik sumer boleh. hish!

Anonymous said...

hikhikhik...kan bes kalau jadik adik... :P

Lin Ghazale said...

@anonymous ni kau kan dik? suda la!

Anonymous said...

alamak, kantoi! :P

Anonymous said...

yaa...saya faham perasaan menjadi anak sulong..u ade adik 2 je beb..i? adik enam!! haih...sian..kurang kasih sayang..kekekeke..

ohh..tp anak sulong dia mmg senditip, mmg ratu air mata..biasaaa,bro! haha

-saya yg benar2 aje-

Lan0stZz said...

wah stressnye dpt no5 pun kena taram. patutler ko terer gile kat rpi. berkat dorongan parents tu alhamdulillah.

Lin Ghazale said...

@lana sekolah kampung beb. haha kalau dapat no 5 tu dah mcm loser sesangat agaknya kot dulu2.