Wednesday, July 28, 2010

Aku Dah Ngantuk...

Tadi la. Tapi sekarang dah tak ngantok. Dan2 aku nak tido je, Fifi bangun. Perangai dia kalau dah bangun tanpa alasan ni, bila nak tido balik lepas 1.5-2 jam berjaga, mesti nak kena menyanyi dulu. Hish! Apa pesen pon aku tak tau. Kalau dah ngantuk tu, lelap aje la mata. Menguji kesabaran betul dah malam2 nak throw tantrum. Merepek tau merepek.

Esok plan nak berpuasa 3/8. Banyak lagi tuh kawan2. Puasa lagi 2 minggu, more or less. Sempat kah? @___@ 
Harapan aku untuk esok hari, dia tak buat perangai2 yg terlalu pelik untuk diterime dek akal fikiran. Letih makcik nak melayan. Silap2 pengsan.

Baju kurung Fifi sudah selamat 'ditempah' dekat kedai Oma. Hihi. Bayaran? FOC. Nak jahit sendiri janganlah harap. Rugi tak kalau mak reti menjahit bagai, anak nya tidak reti langsung. Jawapannya: RUGI. Bila tahnya nak belajar. Mak dah berkali2 dok sebut2. Tapi diri ini buat dek je. Nanti la mak ye? Bila dah desperate, mesti sumer menjadi. Kalau tak desperate, mesti MALAS.

Ok lah. Mari cuba tidur. Jap lagi nak bangun sahur. Esok tak cukup tidur, padan muka engkau Lin!

2 comments:

Lan0stZz said...

haha kelakar lyn dgr makcik bebel pepagi buto. btw cantik new template. i like.

Lin Ghazale said...

haha.bosanlah.nak tido tak bole.